CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2009

Kekayaan Yang Melimpah Ruah di Zaman Keemasan

Di samping kedamaian dan keselamatan, Zaman Keemasan adalah suatu zaman yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah dari segi hasil keluaran dan barangan. Setiap insan akan menikmati lebih dari apa yang diingini, dan tidak wujud kelaparan dan kemiskinan. Orang-orang mukmin, dan mereka yang berusaha di jalan Allah, akan menerima segala kebaikan terhadap apa yang mereka usahakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Kekayaan yang dapat dirasakan pada setiap masa adalah datang dari kemurahan Allah yang diberikan kepada mereka yang mengamalkan ajaran al-Quran. Segala amal kebaikan mereka akan dipulangkan dalam bentuk kekayaan yang melimpah-ruah. Di dalam satu ayat, Allah telah menggambarkan kemewahan yang akan dinikmati oleh orang-orang mukmin yang sedia mengorbankan harta benda mereka di jalan Allah:

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)

Banyak hadith-hadith yang menerangkan tentang masa tersebut yang mana kemewahan hasil keluarannya adalah tersangat banyak sehingga mereka tidak tahu hendak diberikan kepada siapa:Sewaktu (zaman) itu, umatku akan hidup dengan selesa dan bebas yang tidak pernah mereka bayangkan. (Tanah) akan mengeluarkan hasil tanaman dan menumbuhkan apa sahaja dan harta benda ketika itu adalah melimpah-ruah. (Sunan Ibnu Majah)....Penduduk langit dan bumi akan berasa gembira. Bumi akan menumbuhkan apa sahaja, dan langit akan me­nurunkan hujan dengan selebat-lebatnya. Daripada segala kebaikan yang Allah anugerahkan kepada penduduk bumi, yang hidup akan berharap agar yang mati dapat hidup semula. (Yanabi' al-mawadda, Jilid 2, halaman 177)Bumi akan bertukar menjadi seperti dulang perak yang menumbuhkan sayur-sayuran...(Sunan Ibnu Majah)Apabila ajaran al-Quran diamalkan, setiap lapisan masyarakat akan menikmati sebuah persekitaran yang adil, aman dan selamat. Kesannya, manusia akan berpaling dari kesalahan, kejahatan, penipuan dan maksiat. Hadith di bawah menerangkan tentang zaman yang penuh adil itu:Bumi akan dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sepertimana ia pernah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. (Riwayat Abu Daud)Hati-hati manusia akan dipenuhi dengan ketaatan, dan keadilan wujud di mana-mana. (Bihar al-anwar, Jilid 51, halaman 74)

Berita Baik Zaman Keemasan

Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini.

Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.

Adalah salah untuk berkata, "Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya." Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan.

Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama. Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk meng­hapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21:18)

Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Penindasan_umat_Islam"

0 comments: