CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

Percutian yang tidak dirancang, begitulah tajuknya.

Hai kawan-kawan! Sabtu lepas aku balik kampung untuk cuti mid sem, so 2 abang 1 kakak ipar and ayah aku amik. Diaorang cakap nak straight ke Johor sebab nak pergi umah kakak aku kat Pontian. Jadi, kami straight ke Pontian ikut highway. Sampai sampai je petang tu kami round ke Tanjung Piai, pastu malam tu sebelum kami tidur kat umah kakak aku kami pegi makan kat Mandella. Ramai gile orang, aku rase sepanjang aku hidup tu la restoran yang paling lama sekali nak dapat siap order. Lame tu, 2 jam 30 minit kalau aku tak salah.. tapi memang masyuk gile la cume Tomyam dia je tak dapat tanding1 tom yam Nilam Court.huhuhu.Esok pagi2 ingatkan nak balik, rupenye pegi kat umah mak sedare kakak ipar aku pulak kat Plentong, kat Taman Molek. pastu petang tu round lagi ke Plaza Angsana, Plaza Kotaraya n mujur tak pusing satu JB je. Petang tu dah nak maghrib kami pekena rojak buah+keropok lekor. Tu 1st time aku rase tapi boleh layan jugak la. Sedap!! malam tu lepas besiap2 kat umah Alang Joe(Pak sedare kakak ipar aku) kami pegi umah orang wat kenduri pulak kat Taman Dahlia. Rase dah nak pecah perut aku ni asyik makan je. Dahla kurang minum air kosong, macam nak demam pun ade. Lepas kami makan kat kenduri kat rumak mak sedare Alang Joe yang ala2 VIP tu, kami pun gerak ke Pasir Gudang, umah abang sulung aku. malam tu tidur kat situ, esok pagi kami pun gerak aku ingatkan terus balik,tapi tak balik lagi ooiii. Kami pergi singgah umah kakak tiri aku kat Pasir Gudang jugak. Pekena nasik lemak dia buah boleh tahan jugak makan dengan sambal udang. pastu kami pun begerak balik ikut Mersing sebab nak cari pisang salai untuk kakak aku yang pesan awal2 lagi suruh beli ole2 untuk dia. Sebenarnya kami tak terus balik sebab singgah lagi kat 3 buah umah kawan ayah aku mase kat Rompin... Masuk hari Isnin 3 hari berturut-turut aku pakai baju yang sama tau. Bukan ape, aku rase biase je sebab sentiasa jumpe ngan orang yang berbeza. So, tak ade sape nak cam baju yang aku pakai ni melainkan mereka2 sahaje..huhuhua..dah abis pon cite ni.

Thursday, January 22, 2009

Dapat Anugerah Dekan ke aku ni?

Alhamdulillah.. untuk peperiksaan semester lepas aku dengan jayanya depat masuk ke dalam dean list FKP. Walaupun aku jawab periksa dengan muka yang blurr dan hati yang tak berapa nak tenteram, tapi alhamdulillah, aku dapat capai target aku. Bagi aku, kehilangan mak adalah merupakan saat-saat yang amat perit untuk aku hadapi sendiri. Tambahan pula peperiksaan semakin hampir. Aidilfitri tahun lepas menggamit memori yang amat menyentuh jiwa aku. Mak pergi takkan kembali lagi. Aku hilang tempat bermanja, aku hilang tempat mengadu, aku hilang tempat bercanda, bergurau mesra... Aku rindukan masakan mak. Semenjak ketiadaan mak, aku jemu rasa masakan aku sendiri.. Tapi sampai bila? Bagi aku, anugerah dekan yang aku dapat tu adalah anugerah dari Allah S.W.T untuk insan dhaif macam aku ni. Tanpa pertolongan Allah, kita takkan berjaya mencapai satu apapun dalam hidup kita. Kejayaan itu adalah kurniaan dari Allah S.W.T. Tapi kita kena berusaha, kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras dari diri kita sendiri.

Aduiii..sakitnye gigi!

Hari ni aku pergi cabut gigi aku kat Semarak, rase macam nak nagis je sebab doktor tu taruk ubat bius banyak sangat. Kak Baya teman aku gi cabut gigi tu. Eleh, bukan banyak sangat pun gigi yang tecabut tu, tapi aku just sakit sebab ubat bius tu kuat sangat, rase macam nak masuk ke urat saraf otak aku ni haaa. Seluruh muke ni rase macam kebas and kalau tumbuk pun tak terasa lansung..Actually, gigi aku ni aku dah cabut mase tahun lepas tapi doktor tu cabut tak habis, dia tinggalkan tunggul kat aku sebagai kenang-kenangan.hehe..Waktu tu arwah mak ada lagi. Sebenarnya aku sayang nak cabut gigi aku ni sebab ia akan sentiasa mengingatkan aku saat-saat bahagia bersama arwah mak aku. Tapi nak buat macamana sebab ia dah sakit. So, terpaksalah aku memberanikan diri tahap superangers untuk menanggalkan gigi aku ni. Gigi garham bongsu pulak tu kawan-kawan. Sayang wooo. Tu sebab aku dah takleh nak tinggi lagi. Orang lain baru nak tumbuh garham bongsu, aku dah tercabut, pun. Hwa.hwa.hwa..

Alamakkkk....

Alamak! UsimToday dah nak kene publish tak lame lagi. Aku pun tak tahu nak buat macamane lagi sebab berita satu habuk pun takde orang submit lagi..macamane nak edit kalu takde berite. Aku rasela, kekalutan sebab berita ni maybe sebab diaorang ni banyak sangat nak cari berita and then ade yang kene submit terus kat Encik Faizal, aku rase tu pasal la diaorang confuse samada nak tunggu Encik faizal edit ataupun submit terus kat kotak yang sememangnye kosong kat newsroom tu..emm aku pun pening jugak nak buat macamane. Tambahan pule dah tak banyak kelas ngan budak FPBU, tu yang susah nak gitau kalau ade pape. So, kene atasi jugak sebab nak seribu daye, taknak seribu dalih, kan?

Sunday, January 18, 2009

Rugi betul..

17-01-09
Assalamualaikum..Ni lah 1st thing yang aku tulis dalam blog aku ni. Hari ni aku janji nak follow sorang reporter tu, last2 tak jadi sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Rugi betul!!!!Emm rasa rugi kenape? Rugila sebab dia cover berita pasal PM. Dia cakap rugi kami tak join sebab reporter senior pun jarang-jarang dapat cover pasal PM.kadang-kadang kene tunggu bertahun-tahun lamenye nak cover pasal PM. Kiteorang plak dah ade peluang xjadi plak nak ikut dah kiteorang kene ceramah 'sebakul' ngan dier..aii dah nasib badan. tapi takpe, kiteorang akan cuba lagi cari news yang gempak-gempak dan advanture lagi..terima kasih Encik Young How (harap-harap kami tak salah lagi panggil nama Encik)huhu..