CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 7, 2009

Assignment harus disiapkan dulu

Banyak perkara yang bermain dalam fikiran aku untuk aku tulis dalam blog ni. Tapi mungkin belum tiba masanya untuk aku serius menulis. Mungkin desebabkan sesuntukan masa dan sebagainya. Harap dapat tunggu isu-isu penting yang aku hendak kongsi bersama. Tapi aku sedih sebab tak ramai dikalangan kita yang berminat untuk berbicara mengenai isu-isu yang serius dalam kehidupan kita sekarang.

Zaman Pelik

So, bile aku tulis sal lelaki gay ramai beno yang komen ye. Rata-rata feedback adalah dari mereka (kaum lelaki). Wah3x..Aku sebenarnya tak nak memanipulasi sesetengah kaum, jangan marah ye kaum adam. Tapi maklumat yang aku dapat tersebut adalah datangnya dari kaum Adam sendiri..So, jangan marah ye.

Well, sekarang adalah zaman yang pelik. Segalanya mungkin berlaku. Tidak mustahil bukan? Aku bukan melabel sesiapa sebagai gay, tapi aku cuma menulis kebiasaannya kriteria yang dimiliki oleh mereka adalah sebegitu. Maaf kepada sesiapa yang tersentuh..

Gay atau tidak seseorang itu adalah Allah S.W.T sahaja yang tahu. Aku cuma menekan kan isu ini terhadap posisi yang penting dan harus aku tegur sekiranya terdapat dari kalangan lelaki yang beragama Islam diluar sana yang mengamalkan perkara yag tidak sihat ini. harap haruslah bersegera bertaubat sementara masih ada peluang yang dikurniakan oleh Allah S.W.T...

Jika jasad sudah berpisah dari nyawa, maka sudah tiada gunanya lagi..

Friday, February 13, 2009

Dunia oh Dunia: Hensem Jangan Disangka Lelaki Sejati.

Shayne Thomas Ward (Gambar Hiasan)
Isu gay, lesbian, pengkid, maknyah?? Mungkin ramai dikalangan kita memandang remeh tentang isu ini. Aku pernah terbaca realiti kehidupan seorang wanita yang terpaksa hidup merana kerana terjebak dengan cinta palsu golongan ini. Akhirnya ditinggalkan kerana lelaki tersebut sebenarnya lebih tertarik dengan kaum sejenisnya walaupun dia mempunyai rupa paras dan penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki maskulin. Lelaki yang dipercayai itu rupa-rupanya adalah talam 13 muka.
Agak sukar bagi kita untuk mengenali kriteria-kriteria yang dimiliki oleh golongan ini kerana pada kebiasaannya mereka pandai bersembunyi di sebalik karektor mereka. Mereka yang memiliki paras rupa yang macho agak senang untuk menyembunyikan kriteria sebenar mereka. Aku tak bermaksud mengatakan semua lelaki hensem tu gay, tapi berdasarkan kebiasaan. Bagi perempuan pula mudah tertipu dengan ketampanan dan kehenseman yang dimiliki oleh kaum lelaki. Siapa yang menolak kepada kecantikan?? Di dunia ini semua orang sukakan kepada kecantikan. Akan tetapi kecantikan dan kehenseman itu tidak selamanya akan menjadi milik kita yang abadi. So, bijaklah dalam menilai sesuatu..

Jangan tersalah sangka jika anda didatangi seorang lelaki lembut, anda tentu terus melabel dia sebagai gay atau golongan yang seumpama dengannya walhal siapa tahu dia adalah seorang lelaki yang menjalani kehidupan yang normal seperti lelaki lain??

Seingat aku, sewaktu aku kecil dulu, aku pernah meminati satu boyband inggeris yang popular, salah seorang dari mereka memiliki karektor yang maskulin dan macho sebagai lelaki tulen. Aku mengikuti perkembangan mereka sehingga kini. Kesemua ahli boyband itu telah berkahwin kecuali dia sahaja. Setelah aku selidiki, ternyata dia adalah seorang gayboy! Hmm.. aku terus nak termuntah. Sekarang aku sudah tidak berminat dengan mereka, cuma minat mendengar lagu dendangan mereka sahaja.

Mengikut pengamatan aku, ramai dikalangan gay adalah lelaki yang maskulin. Bagaimana untuk mengenali mereka? Mungkin artikel dibawah dapat menjawap persoalan ini.

Cara Untuk Tahu Bagaimana Lelaki Itu Gay?

1. Mamat yang metrosexual dan berbadan tough.

2. Yang jenis agak agak lembut cara percakapan, bila tengok jantan lain yg hensem, lagak macam cacing kepanasan inginkan belaian sayang songsang.

3. Kalau kat dalam komuter atau LRT, kalau tangan dia bergesel dengan tangan anda lelaki Melayu dan stay di situ saja, confirm 100% orang tu gay.

4. Anda lelaki bila dia tengok kita, kita tengok dia balik, bila kita tengok dia balik, dia pandang tempat lain macam dia tu macho, ini yang jenis alpha male..

5. You can’t judge a book by its cover but you can tell a look by its lover.

Tambahan..kalau pergi opis anda Lelaki…

1. Baju kemeja body fit, branded..jenama famous Renoma or Padini.

2. Kasut petak munjung hujung punyerlah panjang…

3. Pakai perfume mahal2 laa…lelaki straight tak suka sgt bau wangi2 nie.

4. Rambut stylo…fesyen ala2 gayboy..spicky..

5. Pakaian aeksesori seperti cincin dan gelang tangan.

6. Suka dengar lagu Mariah Carey pasang dalam kereta.

Kesimpulannya, mereka golongan gay melayu ini dah bertapak ramai di Malaysia dan diharapkan post entry ini dapat membantu kaum wanita. Manalah tahu ciri-ciri diatas dapat menghindarkan anda bersuamikan gay, bertunang dengan gay atau tak sengaja ada couple serius dengan gay.

* Research ini diceritakan semula oleh mereka yang berpengalaman bergaul dengan golongan gay dan golongan seangkatan dengannya.


( Gambar Hiasan)

Wednesday, February 11, 2009

Campus 'quirk' versi- Macam ni ke anak dara??

11/2/1986-11/2/2009: Hari ini genap sudah usia aku yang ke 23 tahun. Dah tua rupanya aku ni. Tak sedar la pulak. Walaupun hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran aku, namun aku tak dapat berkongsi dengan arwah mak lagi. Aku hanya dapat berkongsi dengan rakan-rakan di sekeliling aku sahaja. Sedih aku rasa, tapi apa boleh buat, ajal-maut itu ketentuan dari Tuhan Yang Maha Esa. Tengok rakyat kat Palestin tu, lagi teruk dari aku. Ramai lagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Alhamdulillah, jadilah manusia yang tahu bersyukur dengan segala nikmat yang dikurnia olehNya.Sebenarnya bukan pasal birthday aku yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi pasal pengalaman yang aku alami semasa aku tunggu bas nak pergi main golf di UKM dekat Pusat Kemudahan Pelajar petang tadi. Masa aku tengah tunggu bas dalam keadaan panas terik tu, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan kat sebelah aku menyumpah seranah macam ni: "Banganglaa...EEeeiiii aku bakar bas ni kanggg!!!" Tanpa menoleh kearah tuan punya suara, aku pun berfikir sejenak, alangkah buruknya aku jikalau aku berkata sedemikian rupa. "Hai, anak dara, awak tu perempuan, sabarla sikit, bas akan bergerak ikut time. Janganla cepat menggelabah," hmmm terdetik juga dalam hati aku nak tegur dia macam tu, tapi biarla. Lagipun takkan dia tak boleh fikir sendiri. Junior lagi agaknya dia ni..

Em, nasihat aku buat semua warga USIM, isu bas ni bukannya isu yang besar sangat. Cuma kadang-kala kita yang tak dapat mengawal emosi dan kemarahan kita sendiri. Kasihan lah dan bertimbang rasa lah pada orang lain. Belajar untuk memahami keadaan orang lain. Ok..?

Sebenarnya, sehingga bas yang aku nak naik ke UKM sampai, aku tak menoleh ke arah suara yang menyumpah seranah tadi. Biarlah aku tak kenal siapa orangnya. Mungkin itu lebih baik dari aku mengenali empunya suara tadi..Sekian untuk renungan semua.

Saturday, February 7, 2009

Campus 'quirk' versi-Ayo oh Ayo....

Aku pelik jugak, suatu masa dulu, (tak la dulu sangat tapi agak baru juga la), ada la satu keadaan pelik telah melanda Pusat Pengumpulan Warga Antarabangsa, Nilai (iaitu Desa jati). Ianya tak lain tak bukan pasal air paip yang tibe-tibe je tak ada kalau menjelang waktu pagi. Time nak pergi kuliah tu mesti tak ada air. Senario ini di khuatiri oleh semua warga Desa Jati dan tak hairanlah jika mereka semua mengalami trauma tahap kronik.
Keadaan ini menimbulkan syak wasangka dikalangan segelintir pelajar, mereka semua takut jika terdapat sekumpulan pihak misteri yang cuba mensabotaj mereka agar pergi ke kampus tanpa mandi pagi (ala-ala kambing gitu). Tapi, alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, air mula bergerak normal di Desa Jati. Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang tak sempat mandi pagi ekoran bekalan air tangki di rumah masing-masing terputus buat sementara waktu :-)

Campus 'quirk' versi-alahaiiii..

Tersebutlah kisah seorang budak itu yang amat dikenali ramai denga kelajuan jalan nya dan ketinggi lampaiannya..Suatu hari selipar made in Jukebox nya terputus lalu beliau terpaksa berkaki ayam..hehehe, Iklan je la!

Tapi memang betul selipar tu terputus. Untuk pengetahuan semua, beliau seorang yang berdedikasi dan buat kerja secara pantas dan kemudiannya tertekan. Tanpa beliau, tidak akan ade suasana busy di USIM. Wooow! tapi yang aku hairan nye kawan-kawan, beliau mengaku bahawa beliau ni suka berada dalam keadaan yang tertekan, kenapa ye? huhu aku pun heran mybe beliau sahaja yang dapat menjawapnya.. Mesti korang da tau, sape kan? kan?...hehehe. Sori yuheeeee......
Yuhee boleh la baca ape yang aku sajikan disini, ye..

Thursday, February 5, 2009

Herald Catholic Bikin Gempak

Baru-baru ni Persatuan Ulama Malaysia menentang sekerasnya keberanian akhbar Herald Catholic versi bahasa melayu menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka di dalam penerbitan. Aku pun ade terbaca jugak kat laman web akhbar tu, memangla penuh dengan ayat-ayat yang ntah hape2 ntah. Merapu-rapu je diaorang tulis. Dah tu, siap cakap yang bukan-bukan lagi tentang Allah S.W.T.

Mungkin diaorang berani wat macam tu sebab kita macam tak ada kuasa nak menghalang. Bagi aku tindakan akhbar tersebut sememangnya 'kurang ajar' dan melampaui batas. Sebagai penganut agama Islam, tidakkah kita rasa seperti agama kita di cabar? tidakkah kita rasa tercabar?

Walau bagaimanapun dakyah yahudi ni memang dah banyak dan ada di merata-rata. Macam-macam artikel yang di keluarkan oleh pihak berkenaan tentang agama Islam yang sememangnya akan meragukan kita sebagai umat Islam. Jadi, sebagai jalan untuk menepis semua dakyah ini adalah kita haruslah memperkukuhkan akidah dan menguatkan akidah dan kita sebagai umat Islam terutama sekali harus tahu menilai sesuatu yang baik dan yang buruk.

Antara jalan untuk membantu kita untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk adalah kita haruslah memperlengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan agama yang tinggi. Tak kira lah dari mana background akademik kita. Luar atau dalam negara. Jika kita umat Islam, kita semua adalah bersaudara. Jadi, selamatkanlah saudara kita yang dah terpesong atau melencong ke 'arah' yang bercanggah...

Monday, February 2, 2009

MPP pun student, ye..



Kita selalu mendengar banyak rungutan yang diterima dari pelajar terhadap ke effective an MPP(Majlis Perwakilan Pelajar). MPP itu laaa...ini laaa... banyak rasa tidak puas hati terhadap bas laa.. kafe, dan macam-macam lagi perkara hatta yang remeh temeh pun turut disuarakan didalam surat 'komen'. Tahukah anda bahawa MPP juga pelajar seperti kita semua. Ada tugasan yang serupa dengan kita. Bagi aku, kita sekarang terlalu 'naik lemak' dan tidak mahu merasai sedikit kesusahan. Semua perkara kena complete dan puas hati. Mentaliti pelajar universiti sekarang amat berbeza berbanding dulu. Adakah kerana kemajuan teknologi menjadikan kita semakin malas dan semua perkara kena suap? Em, aku sarankan kepada sesiapa yang belum menonton filem WALL.E haruslah berbuat demikian kerana cerita ini amat related dengan apa yang aku utarakan ini.

PPSMI


Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan befikir dalam Bahasa Inggeris dalam kedua-dua bahasa ini. Jadi, adakah wajar subjek Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris? ini adalah satu persoalan yang agak hangat kini. Semua pihak mengutarakan pandangan yang berbeza terhadap perkara ini. Bagi aku, subjek Matematik dan Sains adalah satu subjek yang agak kompleks dan memerlukan pemahaman yang lebih berbanding matapelajaran yang lain. Maka, ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek tersebut. Kita semua telah sedia maklum bahawa Matematik dan Sains adalah matapelajaran yang kurang popular(kurang diminati) dikalangan pelajar. Tidak semua pelajar kita memiliki minat dan kecenderungan yang sama. Mungkin kerana subjek yang begitu kompleks dan memerlukan tumpuan yang lebih. Apa kata subjek itu ditukar kepada Sejarah atau matapelajaran Geografi? fakta yang disediakan kepada pelajar itu tetap tidak akan berubah, bukan? rata-rata guru mengeluh kerana pelajar kurang memahami yang segala penjelasan perlu dijelaskan secara terperinci terhadap pelajar. Jadi, mampukah kita? adakah kita akan mengalami satu keadaan yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran?

Saturday, January 31, 2009

Kekayaan Yang Melimpah Ruah di Zaman Keemasan

Di samping kedamaian dan keselamatan, Zaman Keemasan adalah suatu zaman yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah dari segi hasil keluaran dan barangan. Setiap insan akan menikmati lebih dari apa yang diingini, dan tidak wujud kelaparan dan kemiskinan. Orang-orang mukmin, dan mereka yang berusaha di jalan Allah, akan menerima segala kebaikan terhadap apa yang mereka usahakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Kekayaan yang dapat dirasakan pada setiap masa adalah datang dari kemurahan Allah yang diberikan kepada mereka yang mengamalkan ajaran al-Quran. Segala amal kebaikan mereka akan dipulangkan dalam bentuk kekayaan yang melimpah-ruah. Di dalam satu ayat, Allah telah menggambarkan kemewahan yang akan dinikmati oleh orang-orang mukmin yang sedia mengorbankan harta benda mereka di jalan Allah:

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)

Banyak hadith-hadith yang menerangkan tentang masa tersebut yang mana kemewahan hasil keluarannya adalah tersangat banyak sehingga mereka tidak tahu hendak diberikan kepada siapa:Sewaktu (zaman) itu, umatku akan hidup dengan selesa dan bebas yang tidak pernah mereka bayangkan. (Tanah) akan mengeluarkan hasil tanaman dan menumbuhkan apa sahaja dan harta benda ketika itu adalah melimpah-ruah. (Sunan Ibnu Majah)....Penduduk langit dan bumi akan berasa gembira. Bumi akan menumbuhkan apa sahaja, dan langit akan me­nurunkan hujan dengan selebat-lebatnya. Daripada segala kebaikan yang Allah anugerahkan kepada penduduk bumi, yang hidup akan berharap agar yang mati dapat hidup semula. (Yanabi' al-mawadda, Jilid 2, halaman 177)Bumi akan bertukar menjadi seperti dulang perak yang menumbuhkan sayur-sayuran...(Sunan Ibnu Majah)Apabila ajaran al-Quran diamalkan, setiap lapisan masyarakat akan menikmati sebuah persekitaran yang adil, aman dan selamat. Kesannya, manusia akan berpaling dari kesalahan, kejahatan, penipuan dan maksiat. Hadith di bawah menerangkan tentang zaman yang penuh adil itu:Bumi akan dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sepertimana ia pernah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. (Riwayat Abu Daud)Hati-hati manusia akan dipenuhi dengan ketaatan, dan keadilan wujud di mana-mana. (Bihar al-anwar, Jilid 51, halaman 74)

Berita Baik Zaman Keemasan

Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini.

Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.

Adalah salah untuk berkata, "Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya." Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan.

Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama. Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk meng­hapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21:18)

Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Penindasan_umat_Islam"

Umat Islam Pernah Menghadapi Kesukaran yang Sama Dahulu

Sepanjang penulisan ini kita telah melihat banyak penerangan-penerangan terperinci tentang penderitaan yang berlaku di negara-negara Islam, termasuk pengeboman hospital bersalin di Chechnya, pembunuhan kejam ke atas wanita hamil di Bosnia, dan pembunuhan ke atas kanak-kanak kecil yang dilakukan oleh askar-askar Israel di Palestin. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk lagi pernah dirasai oleh masyarakat Islam di zaman dahulu. Para pemerintah ateis atau pun pemimpin terkenal dari pelbagai bangsa telah mendera utusan-utusan yang dihantar kepada mereka dan juga masyarakat yang beriman. Mereka telah mengusir rakyat yang tidak bersenjata dari tanah air mereka dan terus menindas mereka. Salah satu contoh paling jelas ialah Firaun. Sewaktu Firaun menikmati hidup yang penuh mewah, pemerintah Mesir purba ini telah menyebabkan penderitaan ke atas umat Islam di waktu itu, dengan kata lain ke atas kaum Bani Israel. Allah telah menggambarkan penderitaan kaum Bani Israel di dalam al-Quran:

Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu dari (Firaun) dan para pengikutnya; mereka mengenakan seksaan berat ke atas kamu, mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan anak-anak perempuanmu hidup. Dan pada yang demikian itu ada ujian-ujian yang besar dari Tuhanmu. (Al-Baqarah, 2:49)

Satu rahsia penting telah diberitahu menerusi ayat ini: Kekejaman Firaun adalah untuk menguji keimanan seseorang. Dengan cara yang sama, Allah mahu menguji umat Islam pada hari ini dengan kekejaman yang sama. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia ini dan juga syurga-Nya yang penuh dengan segala nikmat di Hari Akhirat nanti. Kenikmatan yang tidak terbatas di syurga adalah sebagai balasan ke atas orang-orang beriman yang telah hidup di dalam dunia yang sementara ini. Banyak masyarakat Islam yang telah mengalami kepayahan serupa di zaman dahulu, dan ia diuji lagi ke atas umat Islam hari ini. Allah telah menerangkannya seperti berikut:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)

Seperti yang kita dapat lihat menerusi ayat ini, orang-orang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah dengan kesusahan dan masalah, namun Allah sentiasa memberikan bantuan. Di samping itu, seperti yang diterangkan oleh ayat tersebut, pertolongan itu pasti datang segera.

Apabila Moral Islam Menguasai Dunia, Kekejaman Akan Berakhir

Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang merujuk kepada dominasi Islam di serata dunia. Terdapat banyak persamaan di antara semua ini dengan apa yang telah diwahyukan kepada Nabi Muham­mad s.a.w. tentang Zaman Keemasan. Memandangkan zaman ini tidak datang di zaman kita, jelaslah bahawa dominasi Islam yang meluas yang diceritakan di dalam al-Quran sebenarnya merujuk kepada Akhir Zaman yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. Di sini adalah beberapa contoh berkenaan dengan kekuatan dan kekuasaan yang diberikan terhadap mereka yang mengikut ajaran-ajaran al-Quran:

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia pasti akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mem­per­sekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) ini maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nuur, 24:55)

Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Mujaadilah, 58:21)

Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap me­nyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya di atas segala-segala agama meski­pun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (Ash Shaff, 61:8-9)

Juga telah menjadi ketetapan Allah, yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, bahawa mereka yang benar-benar percaya bahawa tiada tuhan selain Allah akan mewarisi bumi ini:Dan sungguh telah Kami tulis dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis) dalam Lauh Mahfuz, bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiyaa', 21:105)

Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka me­mohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah orang-orang yang melakukan sesuka hati lagi keras kepala. (Ibrahim, 14:14-15)

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mencontohi (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya). (Al-Anbiyaa', 21:18)

Perang Intelektual

Secara ringkas, telah jelas bahawa ketiga-tiga ideologi yang memusuhi dunia Islam itu telah berakar-umbi dari budaya ateis yang telah menguasai dunia Barat pada kurun kesembilan belas. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya perang intelektual dilakukan untuk menentang segala fahaman ateisme, yang mana ia bukan sahaja suatu kuasa yang cuba membinasakan kehidupan manusia di Akhirat dengan menghapuskan kepercayaan beragama. Sebaliknya ia juga pada masa yang sama, turut bertujuan untuk memusnahkan dunia ini, menukarkannya menjadi sebuah tempat yang dipenuhi kekacauan dan peperangan, dan ia melihat umat Islam sebagai sasaran utama.

Inilah sebabnya mengapa perang intelektual adalah baik kerana ia suatu tindakan untuk meningkatkan keimanan dan juga sebagai satu "perang moral" menentang "korupsi" yang sedang menguasai bumi ini. Kewujudan ramai umat Islam yang sedang ditindas oleh sistem ateis di seluruh dunia telah menyedarkan kita betapa pentingnya perjuangan tersebut. Setiap kejayaan ideologi menentang ateisme (dan juga falsafah-falsafah, ideologi-ideologi dan yang kononnya merupakan teori saintifik seperti Darwinisme yang bersandarkan kepada dasar-dasar ateis) juga merupakan kejayaan moral yang dapat membantu umat Islam yang sedang ditindas di seluruh dunia.Penindasa global terhadap umat Islam
Penindasan ini berlaku seluruh dunia dan tajuk ini diperincikan di dalam:


Era Kebangkitan Ummah; Zaman Keemasan

Dunia Islam semakin kucar-kacir dan konflik-konflik yang semakin meningkat. Kita telah lihat bagaimana rakyat yang tidak bersenjata berjuang untuk meneruskan kehidupan di celah-celah pertempuran bersenjata, pen­deritaan yang dialami di kem-kem pelarian, dan kesengsaraan yang dirasai oleh mereka yang dinafikan hak beragama. Para pembaca mung­kin terkejut dengan kisah-kisah yang di­dedahkan ini. Seseorang yanga gagal berfikir sedalam-dalamnya mungkin akan melakukan kesilapan dengan menganggap adalah sesuatu yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, dan juga menganggap apa sahaja yang dilakukan tidak akan membawa sebarang keputusan yang positif. Namun pada hakikatnya, ia berbeza sama sekali. Apa yang sedang berlaku adalah satu berita baik dan setiap inci perkara adalah satu tanda kedatangan zaman penuh rahmat yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dengan kata lain ia adalah petanda kepada Akhir Zaman.

Segala Peristiwa di Tanah Umat Islam Adalah Petanda Akhir Zaman

Konsep "Akhir Zaman" mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya. Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia.


Hadith (kata-kata) dari Nabi Muhammad s.a.w. telah mene­rangkan segala perkara tentang peristiwa Akhir Zaman. Ramai ulama-ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung.

Pada zaman-zaman awal Akhir Zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari. Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih meng­gembirakan.

Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadith, zaman ini yang sebagai "zaman tanpa senjata" dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadith dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut:...kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air. (Sunan Ibnu Majah)Pertempuran akan meletakkan senjatanya (Sunan Ibnu Majah)


Seperti yang telah diberitahu oleh hadith tersebut, sewaktu Zaman Keemasan, wujud sebuah ikatan yang baik di antara masyarakat yang berbagai-bagai, terutama sekali mereka yang pernah berkonflik, dan persaudaraan serta kasih sayang akan menggantikan konflik yang pernah berlaku.

Penindasan komunis masih terus berlaku






Kuasa-kuasa komunis menyebabkan umat Islam terus menderita dengan menyerang mereka yang tidak bersenjata: baik lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi di ribaan.Mengikut pandangan ideologi komunis, yang dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin, masyarakat hanyalah “sekumpulan haiwan.” Manusia adalah sebuah jentera industri yang tidak bernyawa, yang terletak di antara makhluk manusia, haiwan dan juga mesin. Kekejaman di Chechnya telah dilakukan oleh Rusia (yang masih diperintah oleh bekas komunis) adalah bukti berlakunya amalan sistem tersebut.

Oleh itu, setiap individu harus memikirkan pertama sekali tentang tujuan penciptaannya, dan kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat di alam ini dan juga yang akan dijumpai sepanjang kehidupan mereka. Seseorang yang gagal berfikir hanya akan dapat memahami kebenarannya setelah dia mati, di hadapan Allah, tetapi ketika itu segalanya sudah terlewat. Berfikirlah sementara kita masih punya masa, dan kemudian buatlah kesimpulan. Ia pasti akan memberikan faedah kepada kita di Hari Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah menyeru manusia, dengan menggunakan utusan-utusan dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir tentang tujuan penciptaannya dan seluruh alam semesta ini:

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)

Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia berpaling dari agama, sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir. Namun seperti yang telah kita lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.

Kebencian Ideologi-ideologi Komunis Terhadap Islam


Darwinisme turut menjadi asas kepada komunisme. Ia telah dijelaskan oleh pengasasnya yang pertama, Karl Marx dan Friedrich Engels. Kedua-duanya merupakan ateis, yang melihat penghapusan ke­percayaan beragama merupakan sesuatu yang amat penting kepada komunisme, dan kedua-duanya memahami sejelas-jelasnya bahawa teori evolusi dapat membantu mereka mencapai hasrat yang diidam-idamkan.

Tidak berapa lama selepas buku Darwin diterbitkan, Engels menulis surat kepada Marx yang berbunyi: "Buku Darwin yang sedang saya baca ini amat bagus sekali."2 Pada 19 Disember 1860, Marx membalas, "Inilah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk rujukan kita."3 Di dalam suratnya yang lain kepada seorang lagi rakan sosialis, Lassalle, yang bertarikh 16 Januari 1861, Marx menulis, "Hasil kerja Darwin adalah sangat penting dan memenuhi niat saya yang mana ia menyediakan asas kepada sains tulen untuk perjuangan kelas yang bersejarah," maka dengan itu telah mendedahkan betapa pentingnya teori evolusi kepada komunisme.

Para diktator seperti Lenin, Trotsky, Stalin dan Mao Tse-tung telah memberikan komen mereka tentang komunisme, yang mana ia menunjukkan suatu hubungan ideologi kepada idea Darwin. Teori evolusi dijadikan asas pendidikan dan polisi pertanian di bawah rejim komunis. Semua pergerakan komunis menemui asas ideologi dan justifikasi apabila mereka melihat fahaman Darwinisme.

Bagi ideologi komunis yang begitu terpengaruh dengan Darwinisme, masyarakat hanyalah "sekumpulan haiwan." Manusia adalah tidak bernyawa, makhluk yang dungu, "mesin manusia-haiwan", dan tidak berguna. Hukum "Ada banyak kumpulan haiwan, jadi tidak mengapa jika satu hilang" telah menjadi asas pemerintahan. Mereka yang cacat dan tidak berupaya berkerja akan disingkirkan daripada kumpulan tersebut dan akan dibiarkan mati. Mereka dilihat sebagai sesuatu yang sakit dan berbahaya. Tidak wujud langsung sebarang perasaan kasih-sayang, belas kasihan, dan kesetiaan. Memandangkan mereka percaya tiada kehidupan selepas kematian, maka mereka hidup dengan menggunakan seluruh kuasa yang dimiliki.

Memandangkan semua orang adalah musuh dan pesaing di dalam pergelutan untuk terus hidup, maka segala tindak-tanduk dilakukan untuk menentang mereka, dan kebencian menjadi satu perkara lumrah. Adalah sesuatu yang semulajadi bagi ideologi komunis, yang mewujudkan suatu masyarakat tanpa semangat moral, sprituil dan juga kemanusiaan, turut memusuhi agama. Sifat-sifat mulia seperti nilai-nilai moral, cinta, sayang, belas kasihan, sanggup berkorban, berkerjasama dan saling bermaafan tidak mendapat sebarang tempat di dalam model yang diwujudkan komunisme.

Apabila seseorang membaca tulisan-tulisan Marx, Engels, Lenin, Stalin, Trotsky, Mao dan para pendukung ideologi komunis yang lain, mereka akan dapat melihat kebenaran hakikat tersebut. Marx menggambarkan agama sebagai "candu masyarakat" dan juga sebagai budaya yang dibentuk oleh kelas pemerintah yang hanya melenakan orang-orang miskin. Oleh itu, beliau mencadangkan agar sebarang kepercayaan beragama dihapuskan jika komunisme mahu bertapak dengan kukuhnya.

Di dalam artikel Lenin yang bertajuk "Socialism and Religion" (Sosialisme dan Agama), yang diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah berbahasa Rusia Novaya Zhizn, beliau menggambarkan agama sebagai "kabus" yang harus dihapuskan, dan juga turut menyusun propaganda komunis yang akan dilaksanakan. Di dalam "The Attitude of the Workers' Party to Religion" (Sikap Parti Buruh Terhadap Agama) yang diterbitkan di dalam majalah Proletary pada tahun 1909, beliau sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial Rusia (yang kemudiannya dikenal sebagai Parti Komunis) telah menulis:

Asas kepada falsafah Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali isytiharkan, ialah dialektikal materialisme, yang telah mengambil alih sepenuhnya tradisi bersejarah materialisme abad kelapan belas di Perancis dan juga materialisme Feuerbach (separuh masa pertama abad kesembilan belas) di Jerman yang mana ia merupakan ateis mutlak dan memusuhi semua agama dengan hebatnya. "Agama adalah candu masyarakat."

Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah menjadi batu asas kepada pandangan ahli-ahli Marxis terhadap agama. 5Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx terhadap semua agama, dan juga telah mendedahkan kejahilannya tentang perkara tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut tidak mencerminkan kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi ateis yang lain menyebabkan manusia tidak dapat berfikir, dan melakukan apa sahaja yang diarahkan tanpa banyak soal.

Adalah sesuatu yang jelas bahawa manusia yang tidak pernah berfikir tidak akan mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya menjadikan hidup mereka penuh dengan tipuan dan kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami tujuan dunia ini diciptakan, dan juga sebab kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:

Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara keduanya dengan tujuan main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan hak (kebenaran), tetapi majoriti mereka tidak mengetahui. (Ad-Dukhan, 38-39)

Hubungan di Antara Darwinisme, Kolonialisme dan Fasisme


Konsep pergelutan untuk terus hidup oleh Darwin telah menjadi sumber inspirasi penting kepada fahaman rasisme (perkauman), komunisme dan fasisme, termasuk juga imperialisme.Darwinisme kononnya dipanggil asas saintifik kepada kolonialisme. Ini kerana Darwin telah meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya itu. Beliau menganggap bangsa kulit putih Eropah merupakan bangsa yang paling maju, dan menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai makhluk yang setaraf dengan beruk. Di samping itu, beliau turut mencadangkan bahawa semua manusia berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan itulah "hukum alam" yang mana Barat harus memenangi pertarungan ini dan memperhambakan bangsa-bangsa yang lain. Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau telah menulis:
Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti-manusia)... tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang mana ia (pent: iaitu kumpulan terdekat) akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, sepert yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Kaukasia, dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorila.

Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan meng­gunakan konsep "perjuangan untuk terus hidup" (struggle for survival). Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih sesuai akan terselamat. Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan suatu proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.

Idea tidak saintifik yang dikenali sebagai "Sosial Darwinisme" (Social Darwinism) ini, telah diterima dengan meluas dalam dunia sains yang masih primitif ketika itu dan ia telah menjadi sumber justifikasi asas kepada kolonialisme Eropah.

Sosial Darwinisme menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme dan juga imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad kesembilan belas yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (seperti Friedrich Nietzsche, Heinrich von Treitschke, Francis Galton, dan Ernst Haeckel) telah dipengaruhi hebat oleh teori evolusi Darwin, terutama sekali tentang konsep "perjuangan untuk terus hidup." Mussolini, seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama, merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka juga telah mendapat inspirasi daripada Sosial Darwinisme. (Untuk maklumat lanjut, rujuk karya Harun Yahya, Fascism: Darwinism's Bloody Ideology, Istanbul, Vural Yayincilik, 2001)

Kekejaman Berterusan Selama 200 Tahun Di Dalam Dunia Islam

Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.

Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas. Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."

Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam


Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.3. Komunisme: Kesatuan Soviet, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.

Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.

Kolonialisme dan Kebencian Terhadap Islam

Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.


Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah peme­rintahan British dan Rusia. Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas.
Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam.
Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Kaukasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.

Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi.
Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.

Friday, January 30, 2009

Musuh-musuh Dunia Islam

Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang men­diami kawasan tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan.

Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Kaukasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.

Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis.

Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.

Thursday, January 29, 2009

Sister-In-Islam Yang Mengelirukan


Sister in Islam (SIS) adalah satu organisasi bukan kerajaan yang bebas, ditubuhkan pada tahun 1988, percaya bahawa Islam mempertahankan prinsip-prinsip kesamarataan, keadilan, kebebasan, dan kemuliaan.

Akan tetapi...,

Banyak artikel dan kenyataan yang telah di tulis oleh oleh Sister in Islam ini mengelirukan banyak pihak. Baru-baru ini aku dah baca satu temuramah yang di jalankan oleh majalah Al-Islam(majalah yang pernah menimbulkan kontroversi satu ketika dulu) terhadap pengurus program SIS, Norhayati Kaprawi. Antara isu yang menyebabkan aku tak berpuas hati adalah beliau menyatakan sejelasnya yang kita semua harus menghormati tindakan Lina Joy untuk keluar dari agama Islam suatu ketika dulu. Hujah beliau tersebut dengan alasan kita semua bebas untuk mengamalkan agama masing-masing dan kita bebas memilih. Kepala hotak kau! kita ni memangla bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing pasal Malaysia ni dah terover multiracial+multicultural..Bukannya bebas nak menukar agama sesuka hati. Hukum bagi orang yang murtad itu adalah bunuh, bukan? Kau ni tak habis baca kitab kot. Tak pun kau ni baca kitab yang dah di modified agaknye. Beliau juga dengan beraninya menyatakan bahawa kita sebagai wanita Islam tidak boleh dipaksa menutup aurat (mengenakan tudung) kerana kita semua mempunyai hak. Pendek kata dia ni cakap dalam hidup ni tak de paksaan la. Dia nak bebas macam burung kat angkasa tu kot, boleh je nak terbang kat mane-mane yang dia suka. So, terbanglah Norhayati Kaprawi oiii..biar engkau kene langgar dengan kapal terbang. lagi satu isu yang diaorang tak puas hati ialah pasal pengharaman Yoga. Diaorang cakap majlis Fatwa Kebangsaan terlalu terburu-buru dalam meletakkan hukum dan diaorang amatlah menyokong kalau-kalau pihak Majlis Fatwa Kebangsaan menarik balik hukum tesebut dan manilai semula.. E'eh..ko ni orang ape ye? Sister in Islam ke Sister in Kafir? Kawan-kawan! mesti mereka ni tak pernah dengar ayat yang berbunyi 'prevent is better than cure'. Ha, ape lagi pergila cari dalam kamus..

Penindasan Umat Islam

Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama `kemudian.


Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genosid (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genosid, maka istilah ini dikekalkan. Genosid ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genosid yang sangat mengerikan di Bosnia... Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu.
Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."

Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut.

Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.

Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.

Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut.
Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.

Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagai­mana­pun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:
Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)

Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia.
Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)
Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:
...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)

Mari Baca Sejarah


Sejarah Israel

Akar umbi sejarah

Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripada stele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan di Canaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang 1211 SM, tradisi-tradisi Yahudi menganggap Tanah Israel sebagai Tanah Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden. Mulai dari sekitar abad ke-11 SM, negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.

Palestine Post

Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin, dan (untuk tempoh yang singkat) Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya, kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama Palestina Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi kepada tanah ini. Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantin pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Omayyad dan kemudiannya oleh orang-orang Abbasid, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.

Zionisme dan Immigrasi

Orang-orang Yahudi yang hidup dalam Diaspora telah mencuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya pada tahun 1141, Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya meninggal dunia di Baitulmauqaddis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan. Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar di Safed pada tahun 1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun 1209-1211, imigrasi atau Aliyah (עלייה) Perancis dan England ke Acre menjadi masyhur seperti pada tahun 1258 dan 1266. Pada tahun 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku pada abad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang termasyhur ini ialah Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya, Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut, dan Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang dikenali sebagai Perushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap di Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis.

Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha'ananim). Pada tahun 1878, petempatan pertanian moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.
Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.

Theodor Herzl (18601904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Pada tahun 1896, dia menerbitkan Der Judenstaat (Negara Yahudi), di mana dia menyeru untuk pembentukan sebuah negara Yahudi. Pada tahun berikutnya, dia membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama.

Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada 1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.

Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929) selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron.
Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.[perlu petikan] 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi. The southern half of the country is the barren and mostly empty Negev desert. The subsequent Holocaust in Europe led to additional immigration from other parts of Europe. By the end of World War II, the number of Jews in Palestine was approximately 600,000.

In 1939, the British introduced a White Paper of 1939, which limited Jewish immigration over the course of the war to 75,000 and restricted purchase of land by Jews, perhaps in response to the 1936-1939 Arab revolt in Palestine. The White Paper was seen as a betrayal by the Jewish community and Zionists, who perceived it as being in conflict with the Balfour Declaration of 1917. The Arabs were not entirely satisfied either, as they wanted Jewish immigration halted completely. However, the White Paper guided British policy until the end of the term of their Mandate. As a result, many Jews fleeing to Palestine to avoid Nazi persecution and the Holocaust were intercepted and returned to Europe. Two specific examples of this policy involved the ships Struma and Exodus (which was carrying holocaust survivors, in 1947).
These attempts by Jews to circumvent the blockade and flee Europe became known as Aliya Beth.

Penubuhan Negara


Pada tahun 1947, PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British, Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.
Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.

Percutian yang tidak dirancang, begitulah tajuknya.

Hai kawan-kawan! Sabtu lepas aku balik kampung untuk cuti mid sem, so 2 abang 1 kakak ipar and ayah aku amik. Diaorang cakap nak straight ke Johor sebab nak pergi umah kakak aku kat Pontian. Jadi, kami straight ke Pontian ikut highway. Sampai sampai je petang tu kami round ke Tanjung Piai, pastu malam tu sebelum kami tidur kat umah kakak aku kami pegi makan kat Mandella. Ramai gile orang, aku rase sepanjang aku hidup tu la restoran yang paling lama sekali nak dapat siap order. Lame tu, 2 jam 30 minit kalau aku tak salah.. tapi memang masyuk gile la cume Tomyam dia je tak dapat tanding1 tom yam Nilam Court.huhuhu.Esok pagi2 ingatkan nak balik, rupenye pegi kat umah mak sedare kakak ipar aku pulak kat Plentong, kat Taman Molek. pastu petang tu round lagi ke Plaza Angsana, Plaza Kotaraya n mujur tak pusing satu JB je. Petang tu dah nak maghrib kami pekena rojak buah+keropok lekor. Tu 1st time aku rase tapi boleh layan jugak la. Sedap!! malam tu lepas besiap2 kat umah Alang Joe(Pak sedare kakak ipar aku) kami pegi umah orang wat kenduri pulak kat Taman Dahlia. Rase dah nak pecah perut aku ni asyik makan je. Dahla kurang minum air kosong, macam nak demam pun ade. Lepas kami makan kat kenduri kat rumak mak sedare Alang Joe yang ala2 VIP tu, kami pun gerak ke Pasir Gudang, umah abang sulung aku. malam tu tidur kat situ, esok pagi kami pun gerak aku ingatkan terus balik,tapi tak balik lagi ooiii. Kami pergi singgah umah kakak tiri aku kat Pasir Gudang jugak. Pekena nasik lemak dia buah boleh tahan jugak makan dengan sambal udang. pastu kami pun begerak balik ikut Mersing sebab nak cari pisang salai untuk kakak aku yang pesan awal2 lagi suruh beli ole2 untuk dia. Sebenarnya kami tak terus balik sebab singgah lagi kat 3 buah umah kawan ayah aku mase kat Rompin... Masuk hari Isnin 3 hari berturut-turut aku pakai baju yang sama tau. Bukan ape, aku rase biase je sebab sentiasa jumpe ngan orang yang berbeza. So, tak ade sape nak cam baju yang aku pakai ni melainkan mereka2 sahaje..huhuhua..dah abis pon cite ni.

Thursday, January 22, 2009

Dapat Anugerah Dekan ke aku ni?

Alhamdulillah.. untuk peperiksaan semester lepas aku dengan jayanya depat masuk ke dalam dean list FKP. Walaupun aku jawab periksa dengan muka yang blurr dan hati yang tak berapa nak tenteram, tapi alhamdulillah, aku dapat capai target aku. Bagi aku, kehilangan mak adalah merupakan saat-saat yang amat perit untuk aku hadapi sendiri. Tambahan pula peperiksaan semakin hampir. Aidilfitri tahun lepas menggamit memori yang amat menyentuh jiwa aku. Mak pergi takkan kembali lagi. Aku hilang tempat bermanja, aku hilang tempat mengadu, aku hilang tempat bercanda, bergurau mesra... Aku rindukan masakan mak. Semenjak ketiadaan mak, aku jemu rasa masakan aku sendiri.. Tapi sampai bila? Bagi aku, anugerah dekan yang aku dapat tu adalah anugerah dari Allah S.W.T untuk insan dhaif macam aku ni. Tanpa pertolongan Allah, kita takkan berjaya mencapai satu apapun dalam hidup kita. Kejayaan itu adalah kurniaan dari Allah S.W.T. Tapi kita kena berusaha, kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras dari diri kita sendiri.